28 January 2010

emmm... Kenapa?

Mcm2 nk diluahkan biar tenang dalam hati nie.. tp bila fikirkan balik aduh sshlah..
entah kenapa aku rasa sekarang nie spt ada yg tdk betul ant aku ngan dia, x tau apa dan kenapa?
adakah aku yg salah ker atau apa2lah.. kenapa aku nie ssh sgt nk dpt apa yg aku inginkan..
aku juga inginkan rasa kebahagian, kegembiraan dan mcm2 lgilah tp kenapa dalam bab PERCINTAAN nie aku selalu kalah selalu kecewa selalu sedih kenapa? kadang2 aku rasa dunia nie xadil buat aku.. tp aku... arrghhhhh tension nyer.... adakah aku nie xlayak untuk dicintai, disayangi.. kenapa? kenapa?
selalunyer apa yg aku inginkan selalu saja terlepas.. apa salah aku, mana kekurangan aku..
apakah yg layak utk aku nie....

YA ALLAH KAU KUATKAN IMAN KU, KAU BERIKAN KEBAHAGIAAN DALAM HIDUPKU, YA ALLAH, AKU YAKIN PADAMU YA ALLAH, AKU YAKIN KAU AKAN MEMBERI AKU KEBAHAGIAAN DALAM DUNIA NIE.. YA ALLAH KAU PERMUDAHAN KAN PERJALANAN HIDUP KU INI YA ALLAH...

21 January 2010

Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Seseorang

Jangan terburu-buru

Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

Be Gentleman…

Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…
Usik-usik la sikit…

Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.
Mulut kena manis…

Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.

Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.
Biar dia rindu…

Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan kitorang semua. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti. :D

50 tips pikat lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Manja!
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

20 January 2010

Hati..

Entah kenapa hari nie, hatiku berkata jangan fikirkan pasal hati...
betul kata kak ana, jangan terbang terlalu tinggi takut jatuh nnt sakit...
nasib baik aku masih belum terbang terlalu tinggi...
aku masih ada masa utk turun dan tidak lagi terbang...
aku perlu berpijak di bumi yang nyata..
walaupun ianya masih baru entah kenapa aku rasa ianya perlu dibaiki semula...
aku tidak mahu segalanya rosak kerana perasaan aku pada dia..
aku harus menanam perasaan suka sebagai seorang kawan...
aku xnk kecewa, aku xnk menangis, aku xnk disakiti lagi...
sebelum semua ini terjadi lebih baik aku sendiri yg membetulkan..
seandainya dia mmg bukan miliku tp aku cukup bertuah kerana aku mengenalinye..
aku masih bleh menjadi kawan dia...
tp aku sentiasa berdoa agar hubungan aku dan dia berjalan dengan lancar..
aku berserah kepada Allah menentukan yg mn baik utk aku ...

18 January 2010

sensitif

perkataan nie yg sedang ligat bermain dlm fikiran aku nie, aku pun xtau lah tang mn nyer sensitif aku nie smpai ada yg berkata aku nie sensitif.. aku nie sensitif ker ? aku tertanya-tanya pada diri sendiri.. arghhh mungkin bg org yg kenal kata aku sensitif tp aku tidak merasakan diri aku ni sensitif..
dia baru mengenali aku, tp dia yg mengatakan aku nie sensitif, aku mmg xleh terima betul ker... aku nie sensitif.. aku xleh terima... betul2 tak leh terima...
sensitif...
apa maksud SENSITIF?

17 January 2010

BaHaGia

hari nie, setiap hari dan hari-hari yang akan mendatang aku harapkan dapat memberi kebahagian kepada ku.. bukan maksud ku, aku tidak bahagia sekarang aku bahagia sangat2, cuma aku mahu lagi kebahagian dan hidupku ini, dan dalam tahun ini,
aku rasa kebahagian tu pting sangat2.. aku mengharapkan tahun nie adalah tahun yang membawa kebahagian kepadaku amin amin amin

12 January 2010

Paling BeRharga...

Dalam hidup aku sekarang nie paling berharga adalah :-

1 - Family ( bapa,mak,abg2,adik,akak ipar,anak buah,nenek,makja,makida,pcik lutfi,pcik radhie,k.saida and family)diri sendiri
2 - Fren ( Yaza and Kak Anah dan lain lain lg )
3 - Handphone ( dh banyak kali tukar tp skrang pkai E72 )niat nk tukar lg tu ada lagi
4 - REEZAL ????? utk tahun 2010
5 - Kerja

5 perkara nie adalah yg paling penting untuk tahun 2010...

11 January 2010

FaMiLY..RaKan KaRiB...

Mak Ja, Mak Idah, K.Saida ada tempat aku selalu bercerita pasal apa2 hal, tdk kira lah besar ker kecil ker pas bercerita tp selalu nyer aku akan bercerita ngan Mak Ja.. sayang semua nyer..

setiap orang pasti ada rakan.. spt aku, aku juga ada rakan karib.. aku mempunyai 2 org rakan karib ( YAZA n KAK ANA ) sekiranya aku mempunyai masalah atau citer apa aku akan bercerita dgn mereka.. senang sgt bila ngan mereka nie...mereka ini memahami apa jua yg aku ceritakan dan mereka nie tidak lokek jika di minta utk memberi pandangan, pendapat atau apa2 lah pasti mereka akan lakukan... kiranyer mmg sayanglah diorg ni

SPT makin memahami, makin mengenali...


setiap hari, setiap masa, setiap minit, setiap jam... asyik teringat
setiap hari, ... akan sms tidak pernah sekali bertelefon..
bila hari-hari sms, semakin memahami dan semakin mengenali dia.. walaupun jarang-jarang sekali berjumpa... tp entah kenapa rasanyer spt mengenali wlaupun hanya sms..
andai satu hari tidak sms, rasa spt resah,gelisah tu yg pyh tu.... tu yg asik sms jer senang kata sms lah perhubungan ant aku dan dia...
tp percaya atau tdk kitaorg xpnah skali bertelefon.. entah kenapa? penah sekali nk call tp mcm x best... sms jugak yg best..
kami sms pd waktu malam saje dr 9.30 hingga 11.30 mlm sbb klu sms pagi dia keje jd xnk lah ganggu dia bekerja.. tp kadang2 tu tangan nie gatal gak tghari akan sms.. nasib baik dia ni jnis xkisah tu yg aku suka sgt sms dia..
selain sms, suka hantar mms kt dia.. xkiralah apa jer pic aku akan hantar.. spt smlm aku mms dia time aku makan ABC aku mms pic kt dia.. seronok rasanyer dpt berkongsi ngan dia apa yg kita buat..kadang2 benda2 comel pun akan mms gak.. xkisah berbelanja lebih sedikit.. lagipun dia bukan hak org lain lagi kan..

01 January 2010

BeTuL aTau SaLah

Hari nie 1 JAN 2010 aku membuat satu tindakan tah betul tah salah,
aku xnk sms rizal untuk beberapa hari nie...
tp xtau betul ker tak apa yg aku buat nie...
aku nie pun satu kan yg aku xnk sms dia kenapa... senggal.
ah gile..
SMS, TIDAK SMS, SMS, TIDAK SMS, SMS, TIDAK SMS...
mana satu nie